
فإذا عزمت فتوكل على الله...... ان شاء الله
yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuannya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit...di situ air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka... indahnya tarbiyah Allah, tersirat rahmat dan hikmah.. di uji kita sebagi tanda sayangnya Allah kepada hambanya...
Rahsia kejayaan bukan dengan banyaknya membaca , kerapnya berbincang dan kuatnya ingatan , tetapi hakikat kejayaan sebenar datang apabila engkau meletakkan usahamu bersama 100% keyakinan imanmu pada kebergantungan Allah yang satu , kerana dialah pemilik segala ilmu....
Ya Allah... aku bersyukur di atas segala nikmatmu...
kurniakan lah bagiku kejayaan dalam hidupku Ya Allah..
hanya padamu tempat aku mengadu....
salam imtihan buat sume sahabat2 di seluruh ipta/ipts yang mengenali diri ini...
sama2 kita mendoakan kejayaan kte bersama dalam menempuh ujian di dunia moga2 kita mendapat rahmat dan nikmat yang x terhingga daripada Sang Pencipta...
insyAllah....
p/s: apa yang penting usaha+doa+tawakkal (kebergantungan 100% kepada Allah)
لا تخاف ولا تحزن إن الله معنا
7:53 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment